my family reunion: raya 2009
Pertemuan keluarga capai matlamat
KAMPUNG LIMBONGAN - Majlis pertemuan keluarga secara besar-besaran wajar dilakukan kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, selain meneruskan tali persaudaraan walaupun melangkaui beberapa generasi. :Menyedari kepentingan majlis perjumpaan mega itu, ahli keluarga Tok Pak Ya Kaya Kuala Besut, sekali lagi mengadakan perjumpaan berikutan kejayaan pertemuan sulung diadakan pada tahun lalu. :Penganjur majlis, Zulfikri Halim Mustaffa berkata, pada tahun lalu, majlis sama diadakan di Dataran Kuala Besut, sementara pada tahun ini diadakan di rumah cicit Tok Pak Ya Kaya di Kampung Limbongan, dekat Kampung Raja. :Menurutnya, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini berjaya mengumpulkan kira-kira 400 ahli keluarga daripada enam generasi keluarga Tok Pak Ya. :“Pertemuan pada kali ini mencapai matlamat kerana ramai yang tidak hadir pada tahun lalu datang kali ini bersama ahli keluarga masing-masing,” katanya yang juga generasi kelima Tok Pak Ya. :Zulfikri berkata, nama sebenar Tok Pak Ya adalah Yahya Awang dan berasal dari Pattani, Thailand serta menjadi orang pertama membuka pekan Kuala Besut yang pada awalnya dikatakan didiami Orang Asli Pangan. :Menurutnya, Tok Pak Ya telah membeli tanah di Kuala Besut dengan orang Pangan ketika itu dengan membuat pertukaran sebanyak secupak mata kail. :“Menurut cerita ahli keluarga terdahulu, setelah menjual tanah di Kuala Besut kepada Tok Pak Ya, penduduk Orang Asli berkenaan berpindah ke Keruak di Hulu Besut,” katanya. :Allahyarham digelar Tok Pak Ya Kaya kerana memiliki beberapa perahu dan pukat untuk disewakan kepada nelayan di sekitar Kuala Besut. :Tok Pak Ya yang meninggal dunia pada 1940-an dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Kuala Besut, mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan dua isteri. :Hasil perkahwinan de�ngan isteri pertama bernama Midah, arwah memperoleh dua anak iaitu Abdul Kadir dan Abdul Rahman, sementara dengan Mek Teh, Allahyarham hanya dikurniakan seorang anak bernama Muda. :Zulfikri berkata, semua anaknya sudah meninggal dunia dan generasi paling tua yang masih ada sekarang adalah cucunya bernama Wan Hussin Muda yang kini berumur 92 tahun dan menetap di Kuala Besut. :“Pada majlis pertemuan besar-besaran ini, turut diadakan pelbagai acara seperti majlis pengisahan keturunan Tok Pak Ya, tahlil di kubur arwah, kenduri, acara kanak-kanak, cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata kepada warga emas yang terdiri daripada ahli keluarga,” katanya. :Menurutnya majlis sama akan diadakan setiap dua tahun sekali selepas ini. :Kerjasama antara keluarga juga amat baik apabila semua pihak menyumbangkan dana dan tenaga bagi menjayakan majlis itu. :Penceramah bebas, Fauzi Mustaffa juga salah seorang ahli keluarga Tok Pak Ya.
Wednesday, October 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment